
Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih singgah ke blog Papa Ely ni. Blog ini diciptakan ke alam ini pada 16 Ramadhan 1436H bersamaan dengan 3 Julai 2015.
Sebelum itu, jom berkenalan serba sedikit dengan Papa Ely ni. :)
Nama tertulis di passport Malaysia Mohammad Suhaili Kasmat atau nama timangan dari kecik "Ely". Comel kan nama tu? Kalau zaman saya kecik-kecik dulu ada rancangan A.L.O.N.G dan ada watak dua orang budak perempuan berambut panjang diponcot kanan dan kiri kepala mereka yang digelarkan Ela & Ely. Tapi jangan salah faham saya berjantina Adam ya.
Ely merupakan Agent/Usahawan/Entrepreneur di bawah Syarikat AVAIL Beauty International Sdn Bhd. yang memasarkan produk niche kesihatan dan kecantikan. Ataupun dikenali juga dengan produk terulungnya di abad ini Pad Herba Avail (FC Bio Sanitary Pad) yang biasa digelarkan oleh masyarakat di Malaysia ni.
Ely menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa dengan matlamat seorang pencinta wanita yang ingin berkongsikan info pasal Tuala Wanita yang rata-rata diperlukan oleh setiap wanita di dunia.
0 ulasan:
Catat Ulasan